Kelebihan Terbesar AIA AFG Takaful Bhd.

Salam semua,


Tahukah anda bahawa dibahagian penama untuk polisi takaful atau insuran hayat, setiap penama yang anda namakan hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah (trustee) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan wang tersebut mengikut hukum faraid (bagi yang muslim). 

Jadi penama yang anda namakan, contoh isteri anda, akan mengagihkan wang takaful atau insuran hayat kepada waris-wars mengikut hukum faraid, dan bukanlah sebagai penerima mutlak (beneficiary) wang tersebut. Jadi jika isteri tidak mengagihkan wang kepada waris-waris yang layak, mereka boleh membawa kes ke mahkamah bagi menuntuk hak mereka.

Berita baik untuk anda dari AIA AFG Takaful Berhad kerana menyediakan satu lagi pilihan selain wasi (executor) adalah Hibah (gift). Hibah adalah bermaksud hadiah, dan sebagai tuan punya sijil takaful, anda berhak untuk menghadiahkan wang kepada sesiapa sahaja apabila anda meninggal dunia tanpa terikat dengan hukum faraid. Ini sama konsep dengan "absolute assignment" yang diamalkan di insuran hayat konvensional bagi bukan Islam

                                          contoh maklumat hibah di borang

Hibah adalah cara-cara perwarisan yang semakin mendapat perhatian dari masyarakat yang beragam Islam. Pilihan Hibah ini membolehkan anda untuk menghadiahkan wang kepada sesiapa sahaja dari keluarga anda hingga ke orang bukan dari keluarga anda serta persatuan atau syarikat-syarikat ataupun pusat anak-anak yatim. 

Untuk maklumat lanjut tentang Hibah:
Sila hubungi saya di:
Nama: Rafiuddin Razali
HP: 012-6708042
Email: raph_ryo@yahoo.com




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...