Tahukah anda apa itu insuran kesihatan??

Salam semua,

Kali ni saya nak cuba kupas tentang apa itu sebenarnya yang dikatakan dengan health insurance atau insuran kesihatan agar anda semua mempunyai maklumat yang betul sebelum membuat keputusan.

Apa itu insuran kesihatan?

Insuran kesihatan ini tujuannya adalah untuk membantu anda menyelesaikan kos perubatan yang terpaksa anda tanggung apabila anda memerlukan bantuan perubatan dari segi penyakit ataupun kemalangan. Jadi pastikan bahawa anda berurusan dengan syarikat dan agen yang layak dalam insuran kesihatan sebelum anda membuat keputusan untuk memilikinya

Kenapa saya perlu memiliki insuran kesihatan.

Insuran kesihatan akan membantu anda membayar pelbagai perbelanjaan hospital dan perubatan yang terpaksa anda tanggung termasuk bilik hospital dan makan, yuran pembedahan dan nasihat pakar serta alat-alat perubatan dan perkhidmatan. Semua yang anda perlu bayar ini mengalami inflasi yang sangat tinggi setiap tahun hampir 15%. Jadi hanya insuran kesihatan sahaja yang dapat membantu anda mengurangkan beban.

4 jenis Insuran kesihatan:

  1. Insuran hospital dan pembendahan: menyediakan bantuan pembayaran kos-kos perubatan semasa di hospital.
  2. Insuran penyakit kritikal: menyediakan sejumlah wang jika anda didapati menghidap penyaki-penyakit yang kritikal.
  3. Insuran pendapatan akibat hilang upaya: menggantikan sebahagian gaji yang sepatutnya anda terima tetapi tidak lagi terima akibat hilang upaya dan tidak mampu bekerja lagi.
  4. Hospital elaun: menyediakan sejumlah wang sebagai pampasan yang dibayar secara harian jika anda dimasukan ke hospital.
 Jadi di sini saya sertakan sekali maklumat tentang insuran kesihatan yang disediakan oleh AIA:

  1. Hospital dan pembedahan
  2. Penyakit kritikal 300% benefit
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut tentang insuran kesihatan sila tanya terus kepada saya, dan saya akan beri pandangan percuma.

sekian untuk kali ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...