Rahsia yang mana Agen Insuran tidak mahu anda tahu!!

Salam semua,

Yes ini adalah rahsia yang kebanyakkan anda punya agen insuran tidak mahu anda tahu. Atau pun tidak dapat hendak beritahu kepada anda kerana mereka pun sebenarnya tidak tahu. Apa sebenarnya ni?

Mesti didalam benak anda semua ingat anda sudah ditipu oleh agen insuran anda. Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi jangan risau jika ditipu pun tidaklah seteruk mana. Masih boleh diubah sedikit. Apa sebenarnya yang saya hendak sampaikan ni?

Adakah anda sudah mempunyai medical card? Jika ya adakah medical card anda itu stand alone atau sebagai rider di life insurance policy? Stand alone? Rider? Yes, memang mengelirukan. Tahukah anda bahawa medical card anda boleh didapati dengan 2 jenis cara?

Medical card boleh dibeli sama ada secara stand alone atau sebagai rider di investment-linked insurance policy anda. Mungkin ada sesetengah dari kalangan pembaca sudah sedia maklum akan hal ini. Tapi kebanyakkan orang diluar sana tidak tahu akan hal ini.

Apa kebaikan membeli medical card secara stand alone? Ada 2 kebaikan yang paling ketara. Pertama adalah murah dan kedua adalah ia tidak akan mati jika investment-linked insurance anda mati. Bagaimana tu?

Yang pertama: Murah (disini saya buat perbandingan medical card dari AIA) - Jika anda seorang lelaki berumur 30 tahun dan tidak merokok. Dengan hanya membayar RM 490.50 SETAHUN, anda memperolehi kelebihan seperti co-insurance free sebanyak RM 22,000 setahun, limit tahunan sebanyak RM90,000 setahun dan tiada had seumur hidup. Cuba kita bandingkan jika anda membeli medical card yang diletak di dalam polisi investment-linked insurance. Anda mencarum sebanyak RM100 sebulan , jika 12 bulan jumlah RM1200. Anda dapat jimat sebanyak RM 709.50. Terkejut bukan!!!

Ok kita ambil contoh jika anda seorang lelaki berumur 30 tahun, tidak merokok dan ingin membeli medical card untuk satu keluarga seramai 5 orang. Dengan hanya membayar RM 2209.50 anda akan dapat kelebihan sama seperti yang saya nyatakan diatas untuk setiap orang dalam keluarga anda. Cuba kita bandingkan jika anda membeli medical card di dalam polisi investment-linked, anda mencarum RM100 sebulan, jumlah setahun RM1200, di darab dengan 5 orang jumlah adalah RM6000. Anda dapat jimat sehingga RM3709.50 WOW Banyak tu!!


Anda buat saving/simpanan? Tahukah anda lagi bahawa 6 tahun pertama kebanyakan wang premium anda adalah untuk menampung insurance dan juga komisen agen insuran anda. Cuba kita ambil perbezaan family 5 orang diatas yang mempunyai perbezaan sebanyak RM3709.50 dan kita laburkan dalam ASB (senang kira setahun terus), dengan dividen 7% anda akan dapat sebanyak RM259.67. Tapi jika anda buat saving dalam investment-linked yang ada rider, tahun pertama hanya 40% dari RM6000 itu dimasukkan kedalam dana pelaburan anda iaitu hanya RM2400 sahaja. Anda boleh kira sendiri. Jika anda betul-betul ingin buat saving dengan insuran, jangan sertakan banyak rider sekali terutama medical card kecuali anda ingin buat akaun medikal.

Yang kedua mati jika polisi anda mati. Adakalanya anda tidak mampu untuk membayar polisi insuran anda atau terlupa sehingga polisi anda mati, tahukah anda bahawa medical card anda juga akan turut sama mati (tidak boleh digunakan lagi)? Dan jika anda sambung bayar balik, mana menunggu (waiting period) akan dikenakan kepada anda semula. Bagaimana jika itu pada waktu kecemasan? Anda mesti ingat tujuan medical card adalah untuk digunakan pada waktu kecemasan!!

Wah!!! panjang betul bebelan saya pada hari ini. Memang banyak kelebihan membeli medical card secara berasingan (stand alone). Lagi satu kelebihan adalah dengan pengecualian cukai pada insuran kesihatan dan hospital. Jika para pembaca ingin mengetahu secara lanjut bagaimana ingin mendapatkan medical card stand alone ini atau ingin review kembali polisi anda atau apa sahaja. Anda boleh tinggalkan pesanan kepada saya di raph_ryo@yahoo.com (please do not spam)

sekian sehingga kali ini sahaja, terima kasih

2 comments:

dzafir alias said...

Tk kira std alone/ilp kalu tk mampu atau lupa byr comfirm lupus spa punya temberang

Anonymous said...

stand alone is sucks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...